Saturday, June 30, 2012

HATI..TERLALU SATU UNTUK BANYAK PERKARA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله, والحمدالله, ثم الحمد الله,والصلاة والسلام على رسول لله, وعلى اله وصحبه ومن واله








Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan Rahmat yang Allah bg pada hamba yang dhaif selama ini.sngguh tidak terhitung banyaknya,Allahuakbar.jadikanlah hamba dan seluruh hambamu orang yang sentiasa mengsyukuri kurniannMU..



Ya Allah, ampunkan dosa kami yg telah lalu dan akan datang dlm masa kami sedar atau tidak, pekakkan telinga kami dan butakan mata kami daripada mendengar dan melihat perkara yang haram . bantu kami untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam.



terima kasih Allah izinkan diri ini mencuba untuk berkongsi sdikit ilmu yang dipinjamkan ini.segala tunjuk ajar amat diharapkan,syukran




HATI..TERLALU SATU UNTUK BANYAK PERKARA..









"Iman Al-Ghazali:
carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temuinya, carilah hatimu ketika solat,jika kau tidak temui, carilah hatimu ktika duduk tafakur mengingati mati, jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada ALLAH pinta hati yang baru..ALLAHUAKBAR."



Jagalah HATI..
Berhati-hatilah dengan hati,dalam menjaganya, kerana amalan yang sebesar bukit sekalipun tidak ada nilainya sekiranya diamalkan tanpa keikhlasan,semoga apa yang kita lakukan selama ini ats dasar keikhlasan pada Nya yang satu.insyaAllah.





sabda Rasulullah s.a.w:
" keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, iaitu apabila mendapat kesenangan kerana itu adalah lebih baik untuknya dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih untuknya." ( riwayat muslim daripada Abu Yahya Syuaib bin Sinan r.a)


*** bahagia dan tenang*** bahagia itu satu ketenangan bila hati mengingati Tuhan.






BAGAIMANA UNTUK MENGUBATI HATI SEDANGKAN IA TIDAK DAPAT DILIHAT..

..Untuk mengubati hati, hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama manusia, orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana terang hatinya daripada perbuatan keji. selain itu diri juga perlu dihiasi  dengan sifat pemaaf walaupun pada hakikatnya amat pahit sekali,namun yakin dan percayalah janji yang Allah Ta'ala katakan.















Monday, January 18, 2010

Bertapaknya satu perubahan



Alhamdulillah wa syukran lillah....

Dengan limpah rahmatnya maka terciptalah secebis dari segumpal lapangan dakwahku, inilah dia blog yang ber'entri'kan rasa hati sebagai perkongsian santapan rohani yang insyaAllah jika kita sama-sama bergandingan memanfaatkannya, kita akan memperolehi walau sacebis cuma dari ilmu Allah Yang Maha Luas.

Bak kata Ust Hasrizal(Saifulislam.com)-erti hidup pada memberi..apabila kita ingin memberi,semestinya kita kena banyak memiliki..dan diri ini berusaha kearah itu.

Bukan senang untuk menjadi faqih dalam Agama Allah tanpa ada formula ini...kalau tak, hiduplah sendiri-sendiri, ber'uzlah sampai ke mati...

Moga laman maya ini menjadi wadah buat diriku mencuba sesuatu yang baru dan sebagai perkongsian ilmu...sungguhpun diri ini bukan ilmuan yang mahir berhujjah kitab, lantang berpendapat, sekadar cebisan pengalaman sekangkang hama...ballighu 'anni walau aayah..